Gaji minimum mesti dilaksanakan secara progresif, mengelakkan gangguan kepada ekonomi, kata PKR

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempertimbangkan semula kesan dasar gaji minimum dan implikasinya terhadap ekonomi.

Timbalan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata dasar gaji minimum mesti dilaksanakan secara progresif bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada ekonomi.

“Kami bersetuju dengan pendirian gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus baru-baru ini bahawa dasar itu perlu dilakukan secara teratur bagi memastikan ia menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Walaupun ia sememangnya satu langkah ke arah yang betul untuk negara kita, adalah penting untuk mempertimbangkan bahawa ekonomi kita sedang menuju ke arah pemulihan berikutan pandemik Covid-19, dan kita juga sedang berhadapan dengan ketidaktentuan yang semakin meningkat, disebabkan oleh ketegangan geopolitik, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penangguhan gaji minimum bukan pengecualian tetap, majikan mengingatkan Jepun untuk meningkatkan purata gaji minimum pada bulan Oktober
Australia menaikkan gaji minimum apabila inflasi meningkat
Klinik swasta kecil akan berjuang, kata MMA mengenai gaji minimum baharu
Ramanan, yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR, berkata pembaharuan dasar mesti mengimbangi keperluan untuk meningkatkan kebajikan pekerja dan hak mereka yang telah terhutang terlalu lama.

“Pelaksanaan dasar gaji minimum mesti jelas dan telus supaya semua yang terjejas dapat merancang lebih awal dan memastikan pelan pemulihan mereka tidak tergelincir,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 daripada RM1,200 pada masa ini dan ini akan dilaksanakan di seluruh negara untuk syarikat tertentu berkuat kuasa 1 Mei 2022.

“Keadilan secara berterusan memperjuangkan pembaharuan bagi menjaga hak mereka yang mengalami ketidakadilan dan kekurangan hak sosio-ekonomi.

“Kami mengalu-alukan dasar itu, tetapi amat percaya sudah tiba masanya untuk semua orang melihat semula asas pelaksanaannya,” tambahnya.

MB Kedah diberi amaran hati-hati keluar kenyataan – R. Ramanan

KUALA LUMPUR: Lagi kritikan dilemparkan kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang dikatakan harus lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama dalam negara.  

Timbalan Pengarah Strategi PKR, Datuk R. Ramanan berkata, Muhammad Sanusi seharusnya memberi keutamaan dalam menghormati semua kaum dan agama. 

“Tugas seorang menteri besar adalah menjaga keharmonian negeri dan memastikan keselamatan semua kaum dan agama. Namun, tindakannya sejak kebelakangan ini menunjukkan sebaliknya.

“Sanusi harus dikritik atas kenyataannya mengenai Ahli Politik MIC dan DAP hari ini dan juga kenyataan tersebut menunjukkan bahawa beliau juga seorang yang mempunyai pemikiran cetek. Sanusi telah membandingkan rumah ibadat Hindu dengan dapur dan kawasan parkir,” katanya dalam satu kenyataan. 

Baru-baru ini, Sanusi berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bertindak mengikut bidang kuasanya dalam merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, kerana dibina tanpa kelulusan beberapa tahun lalu.

Ramanan bagaimanapun membidas sikap Muhammad Sanusi yang seolah-oleh tidak mengambil kisah akan ketetapan fakta serta mengikut perasaan dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kepincangan dalam keharmonian rakyat. 

“Saya ingin menasihatinya untuk tidak besar kepala dalam membuat kenyataan  atau sekurang-kurangnya merujuk seorang penasihat. 

“Janganlah tersasul atau gopoh mengeluarkan kenyataan seperti sebelum ini iaitu berkenaan nilai ringgit nadir bumi-bukan radioaktif (NR-REE) yang terdapat di negeri Kedah,” katanya. 

“Pendidikan dan pembangunan sahsiah amat penting bagi keharmonian negara. Namun dengan adanya pemimpin seperti dia, jelas wujud prejudis di dalam sesetengah ahli politik. Kenyataan yang berulang-kali dibuat olehnya mengenai masyarakat India jelas menunjukkan ketidak pekaan sebagai pemimpin,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Anwar Gesa Masyarakat India Lawan Penyelewengan Dalam Komuniti

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat India untuk berani melawan penyelewengan yang melibatkan dana awam.

Anwar dalam kenyataannya berkata bahawa PH akan terus membangkitkan isu mengenai pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan mendapat pembelaan terutamanya kaum India di Malaysia.

“Soal penyelewengan melibatkan jutaan ringgit dana-dana penting buat komuniti India perlu saya perkatakan kerana isu ini tidak dipandang serius oleh pemerintah.

“Saya juga ambil maklum isu kad pengenalan merah kerana ia bukan hal yang baru dan sudah dibangkitkan sejak puluhan tahun lama,” luah Anwar menerusi Facebook pada Ahad.

Terdahulu, majlis Sepetang Bersama Masyarakat India itu berlangsung di IDCC Mall Shah Alam pada Sabtu, turut dihadiri Timbalan Ketua Penerangan PKR, Dr Ramanan Ramakrishnan dan pimpinan tinggi NGO India.

Dulu tak banyak berita berbaur perkauman – Ramanan

KUALA LUMPUR – Media terutama portal dalam talian kini banyak menyiarkan berita berbaur perkauman bersumberkan segelintir ahli politik yang gemar publisiti murahan.

Bagi Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R. Ramanan, ia satu perkara yang membimbangkan kerana belasan tahun dahulu situasi itu tidak berlaku.

Jika dulu, katanya, walaupun ada kalangan pemimpin politik mempunyai seteru politik namun kenyataan mereka jauh lebih berhemah dan ‘menyeronokkan’ menjadikan keadaan lebih berwarna warni.

Sambil membuat perbandingan, cucu kepada Tan Sri Dr. Devaki Krishnan itu mendakwa, keadaan sudah itu sudah jauh berbeza berbanding sekarang.

Ramanan yang juga mantan Timbalan Pengarah Strategi PKR memberitahu, media hari ini lebih banyak menyiarkan berita dan kenyataan berbaur rasis dari segelintir pemimpin politik.

“Saya tidak kritik atau pandang rendah pada media massa malah ramai juga sedia maklum bahawa saya ini seorang yang mesra media sejak dulu lagi.

“Tetapi senario sudah berubah, ramai dalam kalangan masyarakat kita seperti tidak berminat untuk membaca berita atau keinginan untuk tahu apa sedang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana situasi kini sangat negatif dengan pelbagai kenyataan mengarut dari segelintir ahli politik itu sendiri.

“Sebagai contoh, sekarang jika kita buka surat khabar atau berita atas talian, ada sahaja kenyataan berbaur perkauman, benci dan sebagainya. Dulu situasi politik antara kerajaan dan pembangkang juga agak ‘panas’ tetapi jauh lebih menarik.

“Saya beri contoh, mendiang Tun S. Samy Vellu dan lawannya, bekas Timbalan Presiden MIC, mendiang Tan Sri S. Subramaniam suka bergaduh mulut setiap hari dan setiap hari media terutamanya akhbar Tamil akan main isu antara mereka tetapi kenyataan mereka sungguh ‘comel’ dan lebih mesra tanpa baur politik.

“Sama juga kenyataan dari mantan Presiden Gerakan, mendiang Tan Sri Lim Keng Yaik mahupun Tok Guru Nik Aziz (Pas).

“Tapi anda lihat hari ini, contoh terbaru yang saya boleh ingat ialah bagaimana Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang menyalahkan kaum bukan bumiputera sebagai punca rasuah dan kerosakan ekonomi di negara ini. Ada banyak lagi kenyataan tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin lain juga.

“Kenyataan seperti inilah yang sebenarnya menjarakkan rakyat dari terus menghadap media tapi pada saya peranan yang dimainkan oleh media, berhempas pulas serta pengorbanan mereka sebagai barisan hadapan juga harus dipuji,” katanya.

Ramanan berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette  selepas menaja program Sembang Kencang anjuran Kelab Wartawan KLS di sini baru-baru ini.

Tambah Ramanan lagi, mungkin ada pihak merasakan isu-isu ‘panas’ seperti perkauman sebenarnya mampu menaikkan publisiti namun hakikat sebenarnya rakyat sudah tidak lagi berminat dengan perkara seumpama itu. – MalaysiaGazette

Ramanan Mahu Anwar Selesaikan Isu IC Merah Jika Jadi PM

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta komited menyelesaikan masalah masyarakat India termasuk isu berkaitan kad pengenalan merah sekiranya menjadi menjadi perdana menteri.

Timbalan Penerangan I Keadilan, Datuk Ramanan Ramakrishnan berucap pada Perhimpunan Bersama Masyarakat India di IDCC Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2022.

Timbalan Penerangan I PKR, Datuk R. Ramanan berkata, selain itu masalah pendidikan juga perlu diberi perhatian.

Beliau yang juga bekas Bendahari Agung MIC itu menegaskan, masalah berkenaan bukanlah sesuatu perkara yang baharu namun sudah dibangkitkan sejak puluhan tahun lalu.

Jelasnya, isu kad pengenalan merah merupakan isu khusus kaum India di negara ini malahan sudah berlanjutan negara merdeka sehingga ke hari ini.

“Pelbagai alasan diberi untuk ‘melarikan diri’ daripada tanggungjawab ini. Adilkah kami diperlakukan begini? Jika anda bertanya kepada seseorang yang memegang kad pengenalan merah untuk sekian lama, si pemegang kad itu akan menceritakan pengalaman cukup pahit dalam proses permohonan kad pengenalan biru.

“Sehingga bila kita harus ‘merayu’ untuk sesuatu yang sememangnya yang menjadi hak kita? Selagi isu kad pengenalan merah tidak diselesaikan sepenuhnya oleh pihak berwajib, segelintir masyarakat India di negara ini akan terpinggir daripada arus pembangunan negara,” ucapnya dalam Perhimpunan Masyarakat India di IDCC di sini anjuran PKR hari ini.

Kata Ramanan lagi, satu lagi isu yang terus menghantui komuniti India ialah permasalahan penempatan bagi kursus pengajian seperti tempat untuk kursus perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan dan banyak lagi di institusi pengajian tinggi awam selain pemberian biasiswa melanjutkan pelajaran.

Ramanan menjelaskan, ramai juga dalam kalangan pelajar India yang mendapat keputusan cemerlang dan layak tidak mendapat tempat.

“Hakikatnya berpuluh-puluh ribu pelajar cemerlang kita tercicir dari kursus-kursus ini. Kita seringkali dengar MIC melaungkan betapa mereka berjaya mendapatkan tempat matrikulasi, selepas itu apa jadi? Ramai pelajar cemerlang tetap tidak mendapat tempat untuk kursus penting.

“Justeru itu, memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita sayangi berada dalam dewan ini, satu ikon yang bagi kita adalah penyelamat dan bakal serta pasti menjadi Perdana Menteri. Saya mohon kepada Datuk Seri supaya komited dengan dua isu ini.

“Saya tahu saya asyik minta itu ini tapi ini untuk komuniti saya. Ini penting. Tolonglah Datuk Seri selesaikan isu kad pengenalan merah yang sudah begitu lama dan isu berkaitan penempatan kuota pendidikan ini. Seperti Datuk Seri maklum, kami juga anak-anak kamu,” ujarnya. – MalaysiaGazette